"Saya sedar sebagai isteri kedua, perlu banyak pengorbanan. Malah, suami boleh meluangkan lebih banyak masa bersama isteri pertama disebabkan mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil serta perlu diberi perhatian," ujar Adira membuka mulut buat sesekian kalinya mengenai isu perkahwinannya dengan Datuk Seri Adnan Abu, 37.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Adira Suhaimi, 25, dia mahu semua pihak menghentikan spekulasi dan tanggapan negatif terhadap dia dan suaminya biarpun dirinya berkongsi suami dan melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand, tiga minggu lalu.
"Saya harap selepas ini tiada lagi spekulasi baharu yang timbul dan keterbukaan berkongsi status diri sekarang diharap dapat menghentikan semua persoalan dan tanggapan negatif terhadap saya," katanya ketika ditemui media di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.
Tambah penyanyi itu, suaminya tidak pernah mengehadkan aktiviti seni malah sering memberi sokongan sepenuhnya. Manakala perancangan menimang cahaya mata pula dia akan terima jika ada rezeki dalam masa terdekat.
"Saya tidak mahu terus terpalit dengan kisah sensasi dan kontroversi, sebaliknya saya mahu lebih fokus kepada perancangan dunia seni sepanjang tahun baharu 2016," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui BH.
Sementara itu, isteri pertama Adnan yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Red melalui laman IGnya menjelaskan tiada masalah antara dia dan suaminya. Malah rumah tangganya juga baik-baik sahaja dan meminta masyarakat tidak marah atau menghina suaminya.
"Ini suami saya, buruk baik dia tetap suami saya. Saya berharap semua janganlah marah dan menghina suami saya, kerana apa yang berlaku hanya kami bertiga yang tahu dan semua telah di tentukan oleh Nya," terang Datin Red.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment