08 December 2015

LAGI 9 GAMBAR: ISU TUNANG - TAUKE TIADA NIAT SOROK



"Tiada niat pun hendak sorok," demikianlah kata pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, yang tidak mempunyai sebarang niat tidak baik untuk menyembunyikan berita pertunangannya dengan model dikenali sebagai Nadia yang berlangsung pada Ahad lalu.





Ini kerana menurut Tauke, dia sebaliknya enggan menwar-warkan perkara itu kerana ia bersifat peribadi dan hanya diadakan secara kecil-kecilan.

"Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya.

"Memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja," ujar tauke dipetik sebagai berkata.



Tambah Tauke, majlis berkenaan berlangsung di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.

Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, Tauke berkata, mengikut perancangan dia dan Nadia bakal disatukan sebagai suami-isteri pada Disember tahun hadapan.



Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan pada majlis pertunangan itu namun berharap dapat disatukan segera dengan wanita berkenaan.

"Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, dia sudah mengenali tunangnya itu selama empat tahun dan sudah tiba masanya mereka berkahwin.



Jelas Tauke, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.

"Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.

"Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat," katanya.












Sumber; mStar



         ________________________




No comments: