25 December 2015

NABILA HUDA SELAMAT NIKAH KALI KEDUA



Tahniah diucapkan buat Nabila Huda, 31, yang telah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, pada jam 9.20 pagi tadi di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Nabila sendiri iaitu Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) dengan sekali lafaz.





Dalam majlis tersebut, pasangan ini kelihatan anggun dan segak menggayakan busana berona putih.

Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan mereka, aktres itu dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.






Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...