15 December 2015

RANCANG KAHWIN TAHUN DEPAN - AIN AF8 PILIH DUDA SEBAGAI SUAMI



Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-8, Ain atau nama sebenarnya Nadiawati Ainul Basir, 29, bakal mengakhiri zaman solonya bersama Najib Ali, 36, iaitu seorang duda dua anak tidak lama lagi.

Menurut Ain, dia dan bakal suami pada awalnya merancang untuk bernikah pada tahun ini namun terpaksa ditunda berikutan beberapa sebab tertentu. Jika tiada aral, Ain dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan.





Difahamkan, Ain dan Najib telah bertunang pada November tahun lalu selepas empat bulan berkenalan.

Bercerita mengenai bakal suami, kata Ain, tunangnya itu bekerja sebagai pegawai khas untuk sebuah parti politik.



"Saya memang tiada masalah untuk menerima lelaki berstatus duda sebagai suami. Cuma, seperti juga pasangan lain, pasti ada ujian yang datang apabila lama bertunang," ujarnya yang turut rapat dengan kedua-dua anak tunangnya itu.

Menyentuh kerjaya seninya pula, Ain berkata, beliau masih aktif menyanyi walaupun kini jarang muncul di kaca TV. Kalau tiada aktiviti nyanyian, Ain yang sudah biasa dengan kerja solekan sebelum menjadi artis ini menganjurkan kelas solekan namun dia belum bersedia untuk menata rias orang lain, sekali pun ada permintaan.








Sumber: BH



         ________________________




No comments: