04 December 2015

SESEKALI BUKA TUDUNG - NORMAH DAMANHURI MAHU CARI REZEKI



"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," demikian alasan pelakon Normah Damanhuri mengenai pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama.

Menurut Normah, 61, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah dalam sesebuah drama.





Ekoran imej yang kadang bertudung kadang tidak itu, ramai peminat rasa keliru hingga ada yang menegur bila melihat dia berlakon dalam drama 'Tuan Anas Mikael' (saluran Astro Ria), tanpa tudung tetapi hanya berselendang.

"Imej tanpa tudung yang saya ditampilkan dalam drama-drama lakonannya saya bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaan saya sendiri.



"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Sumber: MStar



         ________________________




No comments: