03 December 2015

10 GAMBAR - ADI 6IXTH SENSE SELAMAT NIKAH



Pada jam 9 pagi waktu tempatan, vokalis 6ixth Sense, Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, 32, telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Natasya Januari, 21.

Untuk makluman, Adi dan Natasya sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang berlangsung di Jamber, Indonesia hari ini.





Dalam majlis tersebut, Adi telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran sebanyak RM20,000.

Komposer muda itu memilih gadis kelahiran negeri Di Bawah Bayu itu menjadi isterinya setelah menyulam cinta kira-kira dua tahun.



Adi dan Natasya mencapai kata sepakat untuk bernikah di kampung halaman vokalis itu bagi memenuhi permintaan keluarga memandangkan beliau adalah anak bongsu dalam keluarganya.

Pasangan itu merancang mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur pada tahun hadapan namun tarikh masih belum diputuskan.



















         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...