03 December 2015

ISU 'KIMK' - MAKIN RAMAI PENGIKUT IG DESAK FAZURA MOHON MAAF



Baru-baru ini, Nur Fazura, 31, telah memalukan peminatnya kerana salah faham akan maksud perkataan 'KimK'. Perkara tersebut telah menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Salah faham itu mengundang reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya mengecam tindakan Fazura kerana memalukan peminatnya itu tanpa usul periksa.





Yang membuatkan semua orang merasa bengang apabila Fazura turut mengaitkan beberapa isu sensitif seperti bertudung dan status peminat tersebut sebagai 'muslim mother'.

Malah ada pihak melabelkan Fazura sebagai 'the next Azwan Ali' kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Fazura yang tidak dapat berfikir dan menyamakan 'KimK' iaitu merujuk kepada Kim Kardashian sebagai perkataan kesat 'kim*k'.

Dek kerana hal itu, pengikut di Instagram tetap mendesak Fazura untuk merendahkan egonya dan memohon maaf atas kesalahan beliau sendiri meskipun aktres itu enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Klik gambar untuk size besar








         ________________________




No comments: