11 December 2015

TAHNIAH - ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM SELAMAT LAHIRKAN 'BABY BOY'



Isteri pertama kepada Ashraf Muslim, iaitu Noor Dayana Lokman, 28, telah selamat melahirkan anak lelaki semalam.

Berita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh ayah Dayana, Tuan Haji Lokman di laman Facebooknya.





"Assalamualaikum wbrt. Kami sekeluarga sujud syukur kepada Allah SWT atas kelahiran permata hati yang baru. Petang tadi anak saya Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy 2.85 kg. Tahniah kepada Dayana dan Ashraf.

"Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT atas kelahiran cucu yang kedua ini. Ameen ameen ameen," demikian tulis Hj. Lokman di FBnya.

Baby boy Dayana & Ashraf - klik untuk gambar besar


Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah dan kemudian mendirikan rumah tangga kedua dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai 2013 .

Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata.



Kelahiran anak terbaru ini merupakan anak sulung buat Dayana setelah empat tahun menanti penuh sabar.

Tahniah diucapkan!

Bapa Dayana - Hj. Lokman




         ________________________




No comments: