24 December 2015

UPDATE: AKHIRNYA SYUK SYJ MENGAKU DAH SELAMAT KAHWIN



Nampaknya, beberapa hari lalu hanya myartis.com sahaja yang mengetengahkan berita kahwin Syuk SYJ atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 29.

Terkini, pelawak tersebut akhirnya mengakui kahwin secara rahsia dan tertutup dengan gadis pilihannya Sera, 23, di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.





"Sebenarnya majlis pernikahan ini telah dirancang awal tetapi perkara ini menjadi agak kelam kabut sedikit kerana saya terikat dengan program Juara Parodi. Ikutkan perancangan awal kami bernikah pada hari Sabtu, tetapi terpaksa dianjakkan pada keesokan harinya.

"Saya tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan ini dan saya mohon maaf kepada semua pihak di atas perkara ini. InsyaAllah majlis di sebelah pihak saya iaitu di Pulau Pinang akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Semestinya saya akan jemput semua termasuklah pihak media dan peminat," ujar Shuk dipetik sebagai berkata melalui MH.



Tambah Syuk, keputusan untuk berkahwin disebabkan usianya yang makin meningkat dan bakal mencecah 30 tahun. Jadi bila berkenalan dan berkawan dengan Sera, dia teruskan niat untuk menikahinya setelah kedua ibu bapanya bersetuju.

"Saya anggap itu semua jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Isteri saya seorang yang cukup memahami dan matang walaupun masih bergelar penuntut diploma di salah sebuah institusi tempatan," tambah Syuk.



Bagaimana dengan bulan madu? Jawab Syuk soal berbulan madu hanya akan difikirkannya setelah majlis di pihaknya selesai nanti.

Haa... berterus-terangkan bagus, barulah peminat dapat kepastian yang Syuk ni bukan 'single' lagi. Ahakk..!


Klik gambar untuk size besar








Foto: Syuk SYJ IG



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...