24 December 2015

WALAUPUN SADO, SABHI SADDI RAJIN JAGA ANAK, HORMAT ISTERI



"Saya memang tak selesa bila berlakon dengan pelakon wanita apabila melibatkan adegan bersentuhan. Entah kenapa, muka saya akan jadi kemerahan menahan malu," ujar Sabhi Saddi bercerita tentang sifatnya yang masih malu-malu kucing.

"Bukan takut isteri, tetapi itulah hakikat yang sering saya alami ketika berhadapan dengan pelakon wanita," ujarnya ketika ditemui myartis.com di Kelana Jaya baru-baru ini.





Mengenai anak-anak pula, kata Sabhi dia mengakui selesa mengawasi anak-anak tanpa bantuan ibu mertua sekiranya ketiadaan isterinya Rosi Awani Abdul Razak di rumah.

“Saya pernah bersama anak yang sulong, Sofea Reesya sewaktu ketiadaan isteri di rumah. Mak mertua ada menelefon supaya hantar anak kerumahnya. Tapi saya menolak pelawaan tersebut kerana rasa lebih selesa jika mengawasi anak di rumah sendiri.



“Bukan sebab saya tidak mahu ke rumah mak mertua, tetapi waktu itu saya memang tidak bekerja dan lebih suka menghabiskan masa bersama Reesya. Tiada masalah untuk saya mengawasi anak-anak di rumah tanpa bantuan isteri,” tambahnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar.

Menurut pelakon dan penyanyi yang kelihatan makin sado itu, mengawasi anak-anak bukan suatu perkara yang rumit seperti yang disangka. Meskipun menjadi artis, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap anak.



"Bagi saya tak leceh pun untuk jaga anak di rumah. Saya seorang yang manjakan anak-anak jadi jika mereka meragam, saya akan bawa mereka berjalan-jalan dan belikan sesuatu untuk Reesya dan Rania," katanya lagi.

Sementara bagi isteri Sabhi sendiri, jika sesetengah orang suka melepak, tetapi suaminya lebih suka berada di rumah bersama anak-anak dan isteri. Jika ada ‘outstation’ di luar pun, Sabhi mesti balik pada hari yang sama untuk bersama mereka.

Wahhh... cayalah abang sado. Heh!











         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...