09 December 2015

WOWW..! TIKET GV2 BERHARGA 'RM1,000' HABIS DIJUAL



Ikhlasnya... kami tak tahupun yang konsert akhir Gegar Vaganza 2 Ahad ini ada tiket yang berharga RM1,000 mengalahkan konsert antarabangsa. Malah yang lebih mengejutkan, tiket yang berharga RM1,000 itu telah habis dijual. Fulamak!

"Alhamdulillah sambutan luar biasa daripada penonton untuk musim kedua ini cukup luar biasa dan ia terbukti apabila jualan tiket menyaksikan peringkat akhir itu habis dijual.





"Walaupun ada rungutan diterima berhubung harga tiket namun pihak Astro akan menyajikan persembahan eksklusif untuk penonton yang hadir pada siaran langsung acara itu nanti," jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dipetik sebagai berkata.

Jelas Raqim lagi, selain tiket VIP bernilai RM1,000 itu, tiket-tiket lain yang berharga RM380 dan RM300 juga sudah habis sejak dijual tiga hari lalu.

Raqim Ahmad


Untuk makluman, Konsert akhir GV2 bakal diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Ahad ini bermula jam 9 malam.

Pertandingan akhir GV2 bakal menyaksikan persaingan daripada enam peserta iaitu Siti Nordiana, Farah Dhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong (Sweet Child).

"Kita sebenarnya berhasrat untuk mengadakan peringkat akhir itu di tempat lebih besar memandangkan sambutan luar biasa penonton terhadap Gegar Vaganza musim ini.

"Bagaimanapun pihak kami tiada pilihan kerana kebanyakan dewan yang boleh memuatkan jumlah penonton lebih besar sama ada sudah ditempah atau pun sedang menjalani proses pengubahsuaian," tambahnya.



Sumber: Mstar



         ________________________




No comments: