03 January 2016

3 GAMBAR - PUTRI NAMA ANAK SULUNG HANEZ SURAYA



Anak perempuan Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha yang lahir pada Selasa lalu bakal dinamakan dengan nama Putri. Bagaimanapun nama penuh anak mereka hanya akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi.

Ini kerana menurut Romie, dia dan isterinya sudah ada beberapa senarai nama dan akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai bagi digandingkan dengan pangkal Putri.





Dalam pada itu, Hanez berkata, beliau tidak kisah asalkan nama yang diberi memberikan makna yang baik untuk anaknya itu.

Pelakon berkulit putih itu turut bersyukur kerana diberikan kesihatan dan dimudahkan segala proses ketika melahirkan cahaya matanya seberat 3.5 kilogram itu secara normal.

"Syukur sekejap rasanya hari ini sudah lima hari saya bergelar ibu. Setakat ini, semuanya lancar dan saya sudah mula rasai pengalaman bangun tengah malam tukar lampin bayi," ujar Hanez sambil tersenyum manis.



Hanez turut memberitahu, beliau akan berpantang secara tradisional selama 44 hari dan menjaga makan demi bayinya itu.

Beliau turut memilih untuk menyusu badan dan percaya khasiat susu ibu adalah terbaik untuk bayi, selain diet yang berkesan untuk ibu.

Terdahulu, pasangan itu mengadakan majlis tahnik bagi bayi mereka yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Baihaqi Molyana dari pusat tahfiz Raudatul Solihin, Banting.

Romie turut menunaikan nazar beliau menjemput 45 pelajar tahfiz pada majlis jamuan serta akikah puterinya itu.





         ________________________




No comments: