08 January 2016

5 GAMBAR - HETTY SARLENE SELAMAT BERTUNANG, NIKAH 2016



Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene, 31, yang pernah popular menerusi drama bersiri Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam, sah bertunang dengan seorang jejaka Britain bernama Daniel Oakes.

Selepas bertunang, Hetty dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya pada pertengahan tahun 2016 ini.





Berita pertunangan itu disahkan sendiri oleh ibu Hetty, Sariah yang memberitahu majlis pertunangan anaknya bersama Daniel itu telah dilakukan secara ‘tertutup’ dengan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

“Kalau sesiapa sudah tengok di Instagram, tengoklah. Kita tak nak uar-uarkan sangatlah. Tapi untuk hari bahagia mereka nanti, memang kakak akan bagi tahu media,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui agensi berita tempatan, MediaCorp.

“Dia dah memeluk Islam, jadi keluarga di sana nak jumpa. Mak dia (Daniel) nak sangat tengok siapakah bakal menantu mereka," tambah Sariah mengenai Daniel.

Tahniah diucapkan!













         ________________________




No comments: