28 January 2016

8 GAMBAR - AMAR ASYRAF RASA TENANG DI TANAH SUCI



"Alhamdulillah, benar seperti apa yang dikatakan, kunjungan kami ibarat penyucian jiwa. Sukar untuk saya ungkapkan ketenangan apabila berada di sini.

"Kami sekeluarga baik-baik saja. Cuaca sejuk pada kadar 24 darjah Celsius memudahkan kami untuk beribadat dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi seterusnya," ujar Amar Asyraf, 30, yang kini berada di Madinah mengerjakan umrah bersama keluarga.





Menurut Amar, dia mengaku pengalaman mengerjakan ibadat umrah sukar diungkap dengan kata-kata. Sehubungan itu, dia amat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci dan beribadat bersama keluarganya.

"Rasa sejuk hingga ke tulang hitam terutama apabila mahu menunaikan solat subuh," Tambah Amar yang turut sempat melawat kilang Al Quran terbesar di dunia.

Untuk info, Amar, isteri dan anaknya tiba di Madinah pada 23 Januari lalu dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada 3 Februari ini.












sumber: BH - foto: Amar IG



         ________________________




No comments: