16 January 2016

10 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, SHAH ISKANDAR SAH BERGELAR SUAMI



Tahniah diucapkan buat Shah Iskandar Mahfuz, 33, yang telah selamat dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Mohd Noor, 30, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan yang berlangsung The Ballroom @East Coast, Singapura jam 4 petang tadi telah dihadiri lebih 200 tetamu.





Dalam majlis tersebut, Shah yang berasal dari Woodlands telah menyerahkan sebentuk cincin emas sebagai mas kahwin dan wang hantaran berjumlah RM30,000. Pasangan mempelai turut berbalas dua dulang hantaran.

"Alhamdulillah, fasa baharu dalam hidup saya dan isteri sudah bermula. Tiada apa yang saya pinta, kecuali kehidupan kami akan terus diberikan Allah SWT. Memikirkan usia masing-masing sudah matang, kami memilih untuk terus bernikah tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Selesai majlis pernikahan disusuli resepsi di Singapura, pasangan ini akan sekali lagi diraikan di Shah Alam pada 16 April depan.

Menurut Shah, majlis resepsi mereka di ibu negara terpaksa dilewatkan disebabkan dirinya terikat dengan komitmen sebagai pengacara untuk program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Anugerah Skrin di Singapura selama tiga bulan.

Tahniah diucapkan!



















         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...