16 January 2016

TERKINI - BERKAT DOA, AZMIL MUSTAPHA KEMBALI STABIL



Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Berkat doa ribuan peminat dan mereka yang simpati dengan nasib pelakon 'Ali Setan' iaitu Haji Azmil Mustapha, kesihatannya yang sebelum ini tenat akibat sakit jantung kini kembali stabil.

Adiknya, Aziph Mustapha sebentar tadi menyampaikan berita gembira mengenai abang sulungnya itu dengan memberitahu, Azmil sudah boleh memberi respon kepada arahan jururawat. Malah alat ventilator yang membantunya bernafas juga telah dikeluarkan.





"MashaAllah! 'Semua ini terjadi atas kehendak Allah' - ungkapan ini seharusnya disebut apabila kita kagum dengan kebesaran Allah, dan apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang cantik dan baik.

"Sekarang ini saya amat kagum dengan progress Abang Azmil. Dan saya amat bersyukur kehadrat Ilahi. Pagi tadi, para pakar di CCU Hospital Putrajaya telah mulai mengurangkan dosage ubat2 bius yang diberi kepada Abang Azmil, dan kemudiannya memberhentikannya sepenuhnya.



"Sekitar jam 12 tengahari alat ventilator yang membantu Abang bernafas juga telah dikeluarkan. Maka sekarang ini Abang bernafas dengan sendirinya dan telah pun sedar. Namun, Abang masih mamai, dek ubat yang banyak dalam badannya.

"Kami juga tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik dimana Abang Azmil terbaring. Sekadar menjenguk dan mendoakannya dari sebalik pintu kaca yang melindunginya dari elemen. No physical contact allowed.

Azmil Mustapha


"Apa yang saya nampak sebentar tadi, dia terbatuk-batuk. Abang boleh mendengar arahan jururawat lelaki yang sedang membantunya ketika itu. Apabila diminta pusing, dia pusing, dan apabila disuruh membuka mulut dia ternganga. Ma sha Allah!" ujar Aziph Mustapha melalui FBnya.

Alhamdulillah!

Hospital Putrajaya




         ________________________




No comments: