14 December 2025

HUBUNGAN DENGAN ANAK TIRI TIDAK KEKOK, DISAYANGI - SISSY IMANN BERSYUKUR BERJAYA CVRI HATI : "MACAM REZEKI SEBENARNYA UNTUK KITA BUAT LEBIH BANYAK PAHALA



"Alhamdulillah, saya nampak satu perkara, macam rezeki sebenarnya untuk kita buat lebih banyak pahala. Kami sudah banyak kali berjumpa dan memang anak-anak Zamir memanggil yanda (bapa Sissy) dan bonda (ibu Sissy) sebagai nenda dan tokda dari awalnya.
"Cuma kepada saya saja mereka masih panggil aunty lagi. Tapi Alhamdulillah semuanya okay," itulah ujar penyanyi Sissy Iman, 30, dimana dia menganggap gelaran ibu tiri sebagai rezeki buatnya.

Selain itu, Sissy dalam masa sma turut bersyukur kerana berjaya mencvri hati anak-anak kepada suaminya, Dr Zamir Hilman Dr Hamzah.

Klik untuk gambar besar
Kongsinya lagi, dia juga ada bertanya kepada sahabat karibnya, Sarah Suhairi, dimana penyanyi itu menjadi orang pertama mengetahui berita gembira bahawa dirinya ingin menamatkan zaman bujang.

"Minta tips itu tak ada, tapi Sarah antara orang terawal yang tahu juga. Alhamdulillah. Dia tumpang gembira untuk saya dan apa sahaja pr0ses yang perlu dilakukan contohnya, bila berkahwin dengan orang pernah berkahwin, dia ada kongsikan," tuturnya.
Sementara itu, Dr Zamir mengakui, hubungan Sissy dan anak-anak baik apabila melihat hubungan mereka tidak kekok.

"Alhamdulillah, anak-anak saya suka dia. Tak nampak dia (Sissy) kekok," kata Dr Zamir yang bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai jumlah dan identiti anak-anaknya atas faktor keselamatan.
Semalam, pasangan itu telah diraikan dalam satu majlis resepsi dengan bertemakan Baba dan Nyonya yang berlangsung di WG Glassbox Tamarind Square.

Untuk makluman, Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: