"MasyaAllah... perjuanganku demi anak-anak. Sembuhlah kerana saya ada anak dan tiada siapa layak untuk terima versi r0sak saya ini."
Demikian tulis penyanyi dan pelakon, Elyana, 38, menerusi kapsyen pada hantaran video yang dimuat naik di media sosial.
Jelas Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, dia membuat keputusan memb0takkan kepala kerana menjalani rawatan kem0terapi disebabkan peny@kit kans£r limf0ma tahap empat dihidapinya sejak 2010 lalu.
Dalam perkongsian video itu, Elyana dibantu dua anak perempuannya ketika sesi memotong rambutnya yang kini dilihat sudah semakin menipis.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen termasuk rakan-rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Elyana termasuk menyifatkan penyanyi dan pelakon itu sebagai seorang pejuang kans£r yang kuat dan berjiwa k£ntal.
Klik untuk gambar besar
"Elyana seorang 'fight£r', moga Allah kurniakan kesembuhan buatmu," komen rakan artis, bekas Akademi Fantasia musim kedua (AF2) iaitu Farah Diana Anuar.
"Kakak semoga dipermudahkan, I love you," tulis adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada.
"Saya faham perasan itu sebab saya pun sedang berjuang. Kita sama-sama kuat demi anak-anak."
"Semoga dipermudahkan semua urusan kakak... terus berjuang. Syafakillah."
"Terus kuat Elyana. Semoga Allah beri keajaiban dan kesembuhan," antara kata-kata netizen.
Sementara itu, Elyana juga memuat naik beberapa hantaran gambar dan video di media sosial menunjukkan dia berada di hospital dengan ditemani anak-anak serta menjalani rawatan kem0terapi hari ke-29.
Pada 14 November lalu, Elyana telah berkongsi video mengenai keadaannya yang sentiasa bangun pada awal pagi kerana tidak boleh tidur akib@t s@kit badan disebabkan menjalani rawatan kem0terapi di hospital.
Sebelum ini, kira-kira dua tahun lalu Elyana pernah berkongsi berita gembira apabila dia disahkan bebas daripada peny@kit kans£r limf0ma yang dihidapinya.
Ketika menyertai pr0gram Gegar Vaganza (GV) pada 2017, Elyana buat pertama kali mendedahkan dirinya adalah penghidap kans£r limf0ma tahap empat selepas tujuh tahun menyimpan rahsia berkenaan.
Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 14, dan turut memiliki seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment