14 December 2025

"KEDUA-DUA ANAK SAYA MENIKAH CARA ISLAM, 100 PERATUS ISLAM" - MURALI BERSYUKUR IMPIANNYA TERCAPAI



"Impian saya sudah tercapai akhirnya. Kedua-dua anak saya menikah cara Islam. 100 peratus Islam. Anak pertama saya nikah enam tahun dulu. Hari ini anak perempuan saya. Puteri Nur Alysa menikah. Alhamdullilah.
"Saya terus mengenang kembali bagaimana satu masa dahulu saya beragama Hindu kini saya menjadi Hamba Allah. Tidak ada lagi pernikahan ala-ala budaya Kristian ataupun budaya Hindu. Allahuakbar."

Itulah kata pengarah Murali Abdullah, 62, dimana dia melahirkan kesyukuran apabila impian untuk melihat kedua-dua anaknya berkahwin mengikut syariat Islam tercapai.

Murali atau nama penuhnya, Mohammed Murali Abdullah berkongsi perkara itu menerusi media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu pada Jun lalu, Murali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan jantung dan dirawat selama 13 hari sebelum dibenarkan keluar.

Ketika itu, Murali memuat naik gambarnya yang dijaga oleh Puteri Nur Alysa, 24, di HKL dan kecantikan anaknya itu turut menarik minat segelintir netizen dan ada yang mengusik mahu menjadi menantunya.

Menjawab usikan netizen, Murali menjelaskan, dia tidak mencampuri urusan pilihan hati anaknya.

Selain Puteri Nur Alysa, anak lelaki Murali, Muhammad Emil Mahadil, 28, juga sudah berkahwin dengan pasangannya yang belajar di Mesir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: