14 January 2016

AIMAN HAKIM KINI 'SELESA' TANPA FATHIA LATIFF



Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini dan berharap anda memahami serta menghormati privasi saya," ujar Aiman Hakim Ridza, 27, ketika disentuh tentang kehidupannya kini tanpa kekasihnya Fathia Latiff.

Minta Aiman, orang ramai dan pihak media tidak lagi mendesaknya untuk menceritakan mengenai hubungan cintanya dengan Fathia yang telah hancur. Dakwanya, dia enggan membuat sebarang kenyataan berikutan mahu menjaga hati banyak pihak termasuk keluarga.





"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini dan berharap anda memahami serta menghormati privasi saya.

"Ia adalah kerana saya tidak mahu kenyataan saya akan menyinggung mana-mana pihak dan banyak hati yang perlu dijaga, saya ada ibu-bapa, begitu juga dia (Fathia)," jelas Aiman mengenai cintanya yang dikatakan sudah berakhir sejak Disember tahun lalu selepas empat tahun bercinta.



Untuk info, Fathia dan Aiman bakal bergandingan dalam teater Bidasari yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.

Mengenai gandingannya dengan Fathia itu, katanya dia tidak dapat menentukan takdir yang sudah tertulis.

"Ia adalah takdirlah, kalau Allah kata ada rezeki saya untuk bekerja sekali dengan dia… maka adalah," tambahnya dipetik sebagai berkata.



"Soalan tentang kehidupan saya kini juga sangat menjurus tentang perkara itu, saya seperti manusia normal lain yang bangun tidur dan gosok gigi.

"Sebagai seorang manusia normal juga, saya sentiasa mahu kehidupan saya menjadi lebih baik setiap hari," ujarya lagi yang ditemui media pada sidang akhbar pelancaran drama terbaharu lakonannya iaitu 'Sesal Separuh Nyawa' yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

"Saya jadi watak anak derhaka yang sering menentang apa juga kata ibu bapa. Kami menjalani penggambaran di Amsterdam selama dua minggu.

"Drama ini boleh dikatakan antara drama yang mencabar dan menguji lakonan saya," katanya.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Ayda Jebat, Aidid Noh, Nina Nadira, Datuk Tarmimi Siregar dan Azhan Rani.

'Sesal Separuh Nyawa' terbitan Darkwave Picture Sdn Bhd itu bakal ditayangkan setiap Isnin dan Selasa bermula 18 Januari di HyppSensasi (HyppTV Saluran 116).





Sumber: Mstar - Foto Aiman IG & HyppTV


         ________________________




No comments: