17 January 2016

AKIBAT TERJATUH DARI PENTAS - AMY SEARCH CEDERA BAHU & IBU JARI



Penyanyi rock, Amy Search, 58, cedera selepas terjatuh dari pentas ketika mengadakan persembahan dalam sebuah konsert baru-baru ini. Berikutan kejadian itu, Amy telah terseliuh bahu dan luka di ibu jari tangan.

Menurut Amy, ketika kejadian dia sedang menyampaikan satu daripada lagu popularnya, 'Aku Dah Bosan' dan tidak menyedari dia sudah berada di hujung pentas. Lebih membanggakan, walaupun sudah terjatuh, Amy tetap meneruskan persembahannya hingga tamat.





Video berdurasi 24 saat yang kini viral di Internet menunjukkan Amy yang sedang menyanyi tiba-tiba 'hilang' akibat terjatuh dari pentas setinggi kira-kira satu setengah meter itu.

Amy turut memuat naik video berkenaan di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan bahunya terseliuh.

Semoga kesihatan bapa kepada Nabila Huda ini akan beransur pulih.








ATAU KLIK DISINI



         ________________________




No comments: