14 January 2016

LAHIR ANAK SULUNG - ANAK BONGSU ARWAH JULIE DAHLAN RASA RALAT



"Ketika melahirkan anak pertama ini, semuanya lancar, Alhamdulillah. Kini saya semakin membiasakan diri menguruskan hal ehwal anak.

"Ia pengalaman sangat menyeronokkan. Cuma saya ralat arwah ibu tak dapat menatap cucunya kali ini. Ketika arwah meninggal dunia pada April 2015, usia kandungan saya ketika itu baru tiga bulan," ujar anak bongsu kepada penerbit terkenal Allahyarham Julie Dahlan, Hanny Harmy.





Dia mengakui agak ralat apabila arwah ibunya tidak sempat menatap cucunya yang lahir pada 2 November lalu. Malah ketika ibunya meninggal pada April 2015, usia kandungannya baru tiga bulan.

Untuk makluman, Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, telah melahirkan anak perempuan secara normal seberat 3.32 kilogram dan diberi nama Dara Khadijah di Hospital Kuala Pilah.



Hanny berkahwin dengan adik penyanyi, Datuk Hattan, Shamsul Akmar, pada 29 Jun 2013.

Ibunya meninggal dunia di Hospital Ampang kerana menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.










Sumber: BH - Foto: Hanny Tweet



         ________________________




No comments: