13 January 2016

LEPAS MAYA KARIN, CHE TA PULA RANCANG BELI HARTANAH DI LONDON



Jika sebelum ini, Maya Karin terlibat di dalam jual beli hartanah di Eropah, terkini Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 42, pula turut merancang membuat pelaburan hartanah di luar negara dengan permulaan membeli sebuah pangsapuri di London.

Menurut Che Ta, beliau menetapkan tempoh setahun lagi untuk merealisasikan impiannya mendapatkan unit kediaman tiga bilik di lokasi berpotensi seperti di kejiranan Knightsbridge.





Katanya, selain boleh dijadikan rumah persinggahan buat keluarganya andai mereka bercuti di sana, aset milik sendiri itu juga akan disewakan dan mampu memberi pulangan lumayan

"Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang.

"Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan," ujar Che ta dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, menyentuh perancangan membeli hartanah, akuinya semua itu tercetus berikutan dorongan beberapa teman yang lebih dulu menceburi bidang terbabit.





         ________________________




No comments: