29 January 2016

MAYA MATAHARI MULA KEHIDUPAN BARU SETELAH BERCERAI



Tahun 2015 dan awal 2016 ini, cukup ramai artis dan selebriti yang bercerai termasuklah Maya Matahari yang mengesahkan bahawa dirinya sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 17 Ogos tahun lalu.

Menurut Maya, selain melihatkan komen pedas individu luar di laman sosial yang membuatkan dia terkesan, pada masa yang sama ibunya juga berdepan masalah kesihatan membuatkan dia mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai kisah rumahtangganya itu dan memendam perasaan.





"Apabila kisah artis bercerai disajikan bersilih ganti, ada pula pihak yang melihat ia seperti aliran semasa. Inilah yang menjadi antara alasan saya berdiam diri sebelum mengumpul kekuatan merungkai kebenaran yang sudah tertulis," ujar Maya dipetik sebagai berkata.

Selain itu, perpisahan dengan bekas suami itu juga turut membuatkan dirinya menjadi lebih dewasa dan lebih mengenali hati budi orang serta mematangkan dirinya.



         ________________________




No comments: