14 January 2016

SAH CERAI TALAK SATU - MARISSA YASMIN KINI JANDA



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan!

Demikian halnya dengan pelakon Marissa Yasmin Yaacob, 38, yang sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhamad Muhzir Mohd Zainuddin, 48, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, bekas suami Marissa melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Hisyam Zakaria.





Pada prosiding itu, Muhamad Muhzir selaku plaintif diwakili peguam Jamal Mohd Lokman manakala Marissa diwakili peguam Musa Awang.

Muhamad Muhzir selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu pada 27 November tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Marissa dan Muhzir mendirikan rumahtangga mereka pada 2010 namun mereka tidak mempunyai anak.


Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...