31 January 2016

TAKZIAH - ISTERI U-WEI SAARI DITEMUI MATI LEMAS DI AMERIKA



Setelah hilang selama tujuh hari, akhirnya isteri kepada pengarah filem, U-Wei Saari, Diana Gail, 62, ditemui mati lemas di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat.

"Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman," demikian maklum balas U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, melalui Whatsapp kepada media.





Terdahulu, melalui laman Facebooknya U-Wei menulis: "i love you usah (gail)." diikuti dengan ucapan takziah daripada kaum keluarga dan rakan-rakan artis seperti Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

Untuk info, melalui laporan The San Francisco Chronicle, ia melaporkan bahawa jasad Gail dijumpai oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas dilaporkan hilang lebih seminggu.



Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan teman-temannya dilaporkan kali terakhir melihatnya pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Beliau bertugas sebagai pengarah penerbitan di Independent Institute, sebuah badan pemikir yang tidak bermotifkan untung di 100 Swan Way, Oakland.




Sumber: BERNAMA



         ________________________




No comments: