30 January 2016

"TINGGAL '3 ISTERI', TAK BERMAKNA SAYA PERLU LENGKAPKAN" - SALIH YAACOB



Semua mengetahui bahawa Salih Yaacob, 55, kini tinggal tiga isteri setelah dia berpisah dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu.

Artikel terdahulu:

Pengacara dan juga penyampai radio Sinar FM itu bercerai dengan Raha selepas didesak isterinya agar berbuat demikian dengan alasan Salih tidak berlaku adil terhadapnya.





Walaupun Salih kini mempunyai tiga isteri dan boleh menambah seorang lagi bagi 'mengisi kekosongan' yang ada, dia hanya berserah pada jodoh dan takdir apatah lagi perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main.

"Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.

"Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi 'slot' yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah," ujar Salih dipetik sebagai berkata.

Gambar tahun 2012


Sementara itu, Salih berkata apa yang berlaku itu merupakan ujian buatnya bagi seorang lelaki yang berpoligami.

"Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.

"Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza.



"Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna," jelasnya.

Untuk makluman, Salih dan bekas isterinya itu pernah hidup bersama sebagai suami isteri selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya adalah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinan itu Salih dikurniakan 13 orang anak.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: