18 February 2016

PILIH JEJAKA LEBIH MUDA - YATT HAMZAH NIKAH 27 FEBRUARI INI



Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, yang menjanda tidak sampai tujuh bulan itu mengesahkan bakal mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada 27 Februari ini.

Menurut Yatt, bakal suaminya itu merupakan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26.

Difahamkan, majlis akad nikah mereka akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sekitar jam 8 pagi.





Bagi majlis persandingan pula kata Yatt, ia tidak akan diadakan sebaliknya hanya jamuan makan pada tengah hari yang sama, bersempena sambutan ulang tahun hari lahir keenam anak tunggalnya, Suci Hanania Malika.

Dalam pada itu, Yatt menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Zulfadhli punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Untuk makluman, Yatt dan Abdul Mutalib, 36, bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

"Kita tidak tahu jodoh yang akan ditentukan Tuhan. Ia sudah tertulis di Luh Mahfuz. Saya pula berasakan tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana edah pun sudah habis. Ini satu rahmat dan rezeki daripada Tuhan.

Yatt dan bakal suaminya, Zulfadhli


"Saya sendiri tidak berniat untuk berselindung, malah berterus terang mengenai hari bahagia ini yang diharap dapat diraikan bersama keluarga dan teman tersayang.

"Saya dan bakal suami sudah lama mengenali, tetapi selama ini sebagai sahabat dan rakan sekerja. Kami cuma rapat selepas saya berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapa saya pada 15 November lalu.

"Talib (Abdul Mutalib) pun mengenalinya ketika kami sama-sama menyertai misi kemanusiaan ke Syria, sekitar Februari tahun lalu. Ingin saya tekankan di sini, beliau bukan punca perceraian saya dengan bekas suami," ujar Yatt dipetik sebagai berkata.



Yatt memaklumkan, beliau turut mengundang bekas suami ke majlis pernikahannya nanti. Malah, katanya, Suci juga menerima bakal suaminya dengan baik.

"Saya harap, Talib akan datang ke majlis hari lahir anak kami. Itu sudah pun memadai. Saat ini, kami masih berkawan baik. Malah, kami lebih serasi sebagai kawan selepas berpisah," katanya.

Ditanya mengenai bakal suaminya yang menjadi model untuk jubah keluarannya sendiri, Yatt memberitahu, ia terjadi secara kebetulan.

"Beliau jadi model bidan terjun sebenarnya. Lagipun beliau memang bertugas sebagai juruvideo untuk jubah itu. Begitupun, berikutan model yang sepatutnya tidak dapat hadir, jadi beliau menggantikan tempat lelaki terbabit. Itulah kisah yang sebenarnya," jelasnya.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: