11 February 2016

3 BULAN KAHWIN - BELUM REZEKI MILA & SUAMI TIMANG ANAK



Selamat bergelar suami isteri bersama Isz Mustapha, 37, pada 11 November tahun lalu, penyanyi Mila Jirin, 29, mengakui bahawa ketika ini dia sememangnya mendambakan kehadiran cahaya namun buat masa ini, rezeki masih belum menyebelahi mereka.

Bagi Mila, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki dari-Nya. Bagaimanapun, Mila dan suaminya sudah bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.





Kata Mila, perkara tersebut merupakan idaman setiap wanita yang mahukan sebuah keluarga yang sempurna.

"Buat masa ini saya belum lagi berisi, kalau boleh saya ingin anak segera dan sudah bersedia kerana usia saya pun sudah masuk 29 tahun.

"Cuma belum ada rezeki lagi, Insya-Allah, minta doa peminat-peminat agar diberi rezeki itu secepatnya," ujar Mila dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Mila berkata yang dia belum berkesempatan menyediakan masaskan daripada air tangannya sendiri untuk suami walaupun sudah tiga bulan dia mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.

Menurutnya, perkara itu berpunca disebabkan kesibukan mereka menguruskan hal berkaitan perniagaan restoran dan katering yang semakin berkembang.

"Saya belum berkesempatan lagi memasak untuk suami sejak berkahwin kerana kami sibuk dengan urusan bisnes katering yang diusahakan bersama.



"Nasib baik dia memahami dan tidak kisah makan di luar, lagi pula, kami keluar menguruskan urusan bisnes tersebut bersama-sama," jelasnya.

Sementara itu, Mila berkata, kehidupannya kini berubah dan lebih bahagia kerana mempunyai teman iaitu suami untuk menguruskan perniagaan tersebut.

Katanya, perniagaan Bizmilla Catering yang diusahakan sejak tiga tahun lalu semakin berkembang dan mereka bakal melancarkan dewan perkahwinan ketiga mereka di hotel One City pada April depan.



"Sekarang hidup lebih tenang kerana sentiasa disisi suami dan tidak risau kalau mesyuarat hingga larut malam sekalipun.

"Selain itu, rezeki lepas kahwin pun memberangsangkan, perniagaan katering dan perancang perkahwinan yang kami usahakan semakin mendapat sambutan dan dalam perancangan untuk menambah beberapa dewan perkahwinan lagi," katanya.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: