11 February 2016

UPDATE: SUAMI ORANG MENGAKU 'DUDA' - ADEL AF2014 KENA 'AUTA'?



UPDATE: 

Adel AF2014 mendakwa tidak tahu menahu yang teman lelakinya masih suami orang ketika mereka berkenalan. Sehubungan itu, dia menafikan yang dia menjadi punca rumahtangga lelaki yang mempunyai 3 anak itu berantakan sebagaimana yang didakwa.

Artikel terdahulu:

Dakwa Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah, awalnya lelaki yang merupakan seorang kontraktor itu mengaku sudah bercerai dengan isterinya seorang wanita berasal dari Johor ketika mereka berkenalan.





"Bukan saya punca penceraian itu berlaku kerana sewaktu detik perkenalan kami, dia (teman lelaki) sendiri mengaku sudah bercerai dengan isterinya.

"Saya berkawan dengan dia selepas dia bergelar duda dan saya kesal apabila ada yang memfitnah saya sebagai perampas tanpa mengetahui cerita sebenar," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Gambar 'suami orang' yang digosipkan itu bersama keluarganya


Selain itu, Adel juga turut menjelaskan tentang dakwaan keluar masuk hotel bersama lelaki tersebut oleh laman hiburan tersebut.

"Saya tak tahu bagaimana gosip tersebut boleh timbul kerana saya tidak pernah melakukan perkara itu seperti yang didakwa.

"Sama juga kesnya seperti mesej aplikasi Whatapps yang disebarkan itu yang mengatakan kononnya mesej itu adalah daripada saya.



"Apa yang boleh saya katakan, perkara itu fitnah dan tidak benar sama sekali," katanya.

Sementara itu, melalui Utusan Online, Adel turut menjelaskan yang dia bersedia memeluk Agama Islam sekiranya jodohnya kuat dengan lelaki tersebut.

"Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah.

"Saya bukan orang macam itu sanggup jual cerita murahan untuk popular. Saya sudah mengaku dan saya tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu kerana saya yakin berada di pihak yang benar," jelasnya..


         ________________________





No comments: