02 February 2016

BELUM HAMIL - SARIMAH & SUAMI BUAT 'MEDICAL CHECK UP', SEMUA OK



Pengacara Sarimah Ibrahim, 37, yang merupakan suri kepada cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 44 atau mesra disapa Tunku Jamie, mengakui tak sabar mahu menimang anak. Namun buat masa ini, rezeki masih belum menyebelahi mereka.

"Memang saya tak sabar untuk menimang anak, suami pun punyai hasrat yang sama. Rasanya semua pasangan yang berumah tangga punyai keinginan yang sama. Jadi, mustahil kami tidak mahukannya.





"Pemeriksaan kesihatan pun sudah dibuat dan sama ada saya atau suami, kedua-duanya tiada masalah apa-apa. Cuma belum ada rezeki buat kami pada masa ini. Saya dan suami sudah pun bersedia, tetapi Allah yang merancang segalanya.

"Yang boleh kami lakukan hanyalah berserah kepada Allah. Doa telah pun dipanjatkan, selebihnya hanya perlu bersabar menanti detik itu," ujar Sarimah yang tetap sabar menanti.



Apa yang menarik, dia telahpun membuat persiapan seperti membaca pelbagai jenis bahan bacaan berkaitan keibubapaan. Melalui ilmu tersebut, dia memahami ada yang menggambarkan pengalaman menjadi ibu sebagai sesuatu yang indah dan pada masa yang sama, ada perkongsian yang menggerunkan.

“Jika rezeki itu berpihak kepada kami, saya menginginkan sepasang anak comel lelaki dan perempuan,” impinya tanpa berselindung.



Sumber: UO - Foto: myartis



         ________________________




No comments: