Pada Jumaat ini (5 Februari), Akim Ahmad, 25, dan pasangannya Stacy, 26, bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka di Kota Kinabalu, Sabah.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan pada sebelah pagi manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.
Sementara itu, majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat.
Menurut Stacy, majlis itu diadakan secara tertutup dan sederhana di sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu pada jam 10 pagi membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja.
/>
"Doakan segalanya berjalan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sebelum ini, Stacy dan Akim mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada awal bulan ini tanpa memaklumkan tarikhnya.
Sumber: myMetro
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment