01 February 2016

DUKA ELLY MAZLEIN BAKAL TERUBAT DENGAN KEHADIRAN PUTERI



Bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada akhir bulan Mac nanti akan menjadi pengubat duka buat Elly Mazlein yang sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Januari tahun lalu.

Menurut Elly, pengalaman itu cukup memberikan tekanan kepada dirinya. Justeru, apabila beliau disahkan hamil semula, ia tentu saja menjadi perkhabaran cukup menggembirakan bagi penyanyi dan pelakon ini.





"Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan.

"Elly dan kandungan ketika ini pun sihat. Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju," ujar Elly dipetik sebagai berkata.



Kata Elly, apabila mengandung buat kali kedua, suaminya meminta beliau mendapatkan rehat yang cukup.

"Suami tidak mahu Elly bekerja dan berasa tertekan. Dulu, ketika keguguran anak pertama, memang Elly lemah semangat. Begitupun, setiap kejadian ada rencana tersendiri. Sejak dimaklumkan hamil lagi, barulah kini Elly berani keluar berjumpa orang," jelasnya.




Sumber: BH



         ________________________




No comments: