03 February 2016

ERIN MALEK BERHIJAB UNTUK KURANGKAN DOSA SUAMI



Sungguh besar pengorbanan seorang isteri!

Demikian jugalah halnya dengan Erin Malek yang baru-baru ini telah berhijab selepas menjadi ibu muda ketika berusia 22 tahun. Malah perubahan imejnya itu turut disokong oleh keluarganya lebih-lebih lagi suami tercinta.

"Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah kini saya sudah pun bertudung.





“Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai kehidupannya sekarang, kata Erin dia sangat gembira dengan kehidupan sebagai seorang ‘young mummy’ kerana di usia 22 tahun dia telah memiliki seorang anak dan suami. Masanya kini terhad kerana dia melakukan kerja rumah sendiri disebabkan kurang percaya pengasuh atau pembantu rumah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah kesabaran kerana bukan mudah di usia saya ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu serta isteri,”ujarnya yang masih terkilan apabila seorang bayi kembar yang dikandungnya selama 16 minggu meninggal dunia kerana mengalami kompilasi di awal kandungan.

"Mula-mula saya dan suami memang sedih, tetapi kita perlu redha dengan pemergiannya, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya,” tambah Erin.






Sumber: RK - Foto: Erin IG



         ________________________




No comments: