20 February 2016

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS RESEPSI AKHIR SAM & SYATILLA



Gambar-gambar sekitar majlis resepsi akhir khusus untuk peminat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang diadakan di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam hari ini.

Majlis persandingan yang berlangsung secara santai itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 tetamu termasuk peminat yang mula memenuhi dewan seawal jam 11 pagi.





Mengekalkan konsep Inggeris yang menjadi tema resepsi mereka, Sam dan Syatilla melangkah masuk ke dewan sekitar jam 3.05 petang diiringi pukulan dram daripada kumpulan pemuzik drumbell, KL3D.

Sam dan Syatilla turut memberikan ucapan ringkas dengan berterima kasih kepada tetamu yang hadir sebelum acara diteruskan dengan memotong pulut kuning.



Antara rakan artis yang hadir ialah Adi Putra, Johan, Ozlynwati, Esma Danial, Mustapha Kamal, Susan Menon, Bell Ngasri, Syafie Naswip, Emma Maembong dan Ika Nabella.

Mengenai destinasi bulan madu, kata Sam yang dia dan Syatilla belum membuat sebarang perancangan. Bagaimanapun Sam akan memenuhi hasrat isterinya yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives jika tiada aral.

Sekali lagi tahniah dari kami buat Sam dan pasangannya Syatilla. Kami mendoakan bahagia hingga ke Jannah. Amin.

























































































































































         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...