21 February 2016

SEKALI LAFAZ - ANZALNA NASIR & HANIF ZAKI KINI SAH SUAMI ISTERI



Tahniah diucapkan buat Anzalna Nasir atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir yang telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki dengan sekali lafaz dalam satu majlis nikah yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Dalam majlis tersebut, anak kelahiran Pulau Pinang ini menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantarannya pula tidak diketahui.





Bagi barang hantaran pula, Anzalna telah menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada Hanif.

Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah. Barang hantaran pihak lelaki pula terdiri daripada beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.

Anzalna dan Hanif sudah mengenali sejak lebih sedekad, namun hanya serius bercinta lima tahun lalu.

Difahamkan, mereka bakal diraikan dalam dua majlis resepsi masing masing akan dilangsungkan pada 27 Februari dan 3 April ini.


































































































































































         ________________________





No comments: