01 February 2016

UPDATE: NAS T SAHKAN SUDAH NIKAH DENGAN ATITA JUMAAT LEPAS



UPDATE: 
Jika baru-baru ini Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammaar Zar, ada memberitahu akan menikah pada bulan Mac dengan model Atita Haris, namun perkhabaran terkini lain pula ceritanya. Dia mengesahkan telahpun selamat nikah dengan Atita Jumaat lalu.

"Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata

Klik gambar untuk size besar




Oleh yang demikian, tahniah diucapkan. Tarikh 4 Mac 2016 sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini mungkin akan menjadi majlis resepsi sahaja.

Untuk info, Nas T mengakui telah berkahwin dengan Atita, seorang ibu tunggal anak satu setelah myartis memulakan cerita pernikahannya pagi tadi.



Bagaimanapun, Nas T masih merahsiakan mengenai butiran selanjutnya dan bakal mengadakan satu sidang media khas pada hari Rabu ini bagi menjawab segala persoalan dan gosip.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah mahu merahsiakan perkahwinannya dan kalau boleh mahu semua pihak termasuk media mengetahui tentang berita tersebut pada sidang media khas tersebut.

"Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil," tambahnya.









         ________________________




No comments: