17 February 2016

GOSIP - RUMAHTANGGA 'TERLAJAK LARIS' GOYAH?



Ramai yang tertanya apakah yang berlaku kepada keluarga bahagia Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya Datin Nur Shahida Abdul Rashid sejak kebelakangan ini?

Malah melalui Instagram mereka berdua, pelbagai kata-kata dan madah sedih dikeluarkan dalam status terbaru seolah mempunyai masalah rumahtangga.

Selain itu, banyak juga gambar-gambar mereka bersama telah didelete dari Instagram mereka berdua dan hanya tinggal sedikit sahaja iaitu gambar lama.





"Hidup ini tak pernah sempurna," ujar Dato' Aliff yang baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Range Rover berwarna merah pada Datin Nur sempena hari lahirnya.

"Sabar ada had nye juga.. jangan sampai hilang sabar," tambahnya.



"Memang betul.. sebab apabila tertumpa ujian inilah maka perangai sebenar seseorang akan dapat kita lihat sama ada baik atau sebaliknya," kata Datin Nur pula mengenai statusnya berbunyi: 'sifat seseorang boleh dilihat apabila dia ditimpa 2 ujian ini. Kesabaran ketika dia tiada apa-apa. Kelakuannya apabila dia punyai segala-galanya'.

Doa kita, jika benar-benar ada masalah... moga ia dapat diselesaikan dengan cara baik demi masa depan anak-anak. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tak gitu?


Antara status dimuatnaik Dato' Aliff dan Datin Nur




Gambar bahagia mereka beberapa bulan lalu









         ________________________





No comments: