02 February 2016

INFO - AZNIL NAWAWI 'SERTAI' THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS



Berita baik buat penonton HBO Asia!

Isnin ini (29 Februari), bermula jam 8 pagi, HBO Asia akan memberi pengalaman Oscars® yang lengkap secara langsung dan eksklusif melalui pelbagai skrin. Bermula dengan siaran langsung dan ‘streaming’, acara OSCARS® RED CARPET dan THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS akan menyiarkan sorotan gemilang permaidani merah yang tiada tandingannya.

Disamping itu, temu bual belakang pentas dan rakaman eksklusif untuk web di www.hboasia.com/oscars turut akan dilakukan.





Sementara hos Janet Hsieh, akan berkongsi detik-detik menarik permaidani merah, gambar, video temu bual dan ucapan khas dari selebriti apabila mereka menemubual bintang Hollywood yang paling berbakat sejurus sebelum majlis anugerah tersebut.

Bagi menambah keceriaan Oscars® di HBO, ia akan turut menampilkan ulasan dalam Bahasa Malaysia dan temu bual dengan selebriti Hollywood secara eksklusif oleh Datuk Aznil Nawawi yang meliputi perspektif Malaysia.

HBO Asia akan turut berkongsi semua detik-detik utama majlis Oscars®, termasuk rakaman khas dari kamera yang diarahkan pada golongan elit Hollywood di kalangan para tetamu sepanjang majlis itu berlangsung. Paling menarik ialah rakaman kandid detik-detik yang tidak dilihat di mana-mana.



Untuk info, THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS akan ditayangkan secara langsung dan eksklusif di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431) pada 29 Februari, bermula dengan OSCARS® RED CARPET 'LIVE' pada jam 8 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 7 malam), dan THE 88TH ANNUAL ACADEMY AWARDS 'LIVE' pada pukul 9.30 pagi (siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 8 malam).

Majlis anugerah ini juga boleh disaksikan secara langsung dengan Astro On The Go. Penonton juga boleh menyaksikannya pada bila-bila masa menerusi On Demand (OD).

Dihoskan oleh Chris Rock, Acara Tahunan Anugerah Academy ke-88 akan diadakan di Dolby Theatre®, Hollywood dan Highland Center®, Hollywood.

Antara filem yang tercalon:
BEAR STORY


SPECTRE


THE REVENANT


Penyampai dan penghibur Oscar® yang diumumkan setakat ini ialah:

Benicio Del Toro, Tina Fey, Whoopi Goldberg, Ryan Gosling, Kevin Hart, Lady Gaga, Sam Smith, Charlize Theron, Jacob Tremblay, The Weeknd, Pharrell Williams, Steve Carell, Priyanka Chopra, Quincy Jones, Byung-hun Lee, Jared Leto, Julianne Moore, Olivia Munn, Margot Robbie, Jason Segel, Andy Serkis, J.K. Simmons, Kerry Washington dan Reese Witherspoon.

TONTON VIDEO:
Artikel, video & foto disediakan oleh: HBO Asia



         ________________________




No comments: