12 February 2016

ISTERI NAFI DIRINYA & TEMAN LELAKI ADEL AF2014 DALAM PROSES CERAI



Isteri kepada teman lelaki Adel yang bernama Hairin, 26, menafikan bahawa dirinya dan suami kini sedang dalam proses cerai seperti yang didakwa Adel.

Artikel terdahulu:

Sebelum ini, Adel menafikan cerita keluar masuk hotel dengan teman lelakinya. Kata Adel, teman lelakinya itu mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.





"Saya dan suami tidak pernah bercerai, bagaimana suami saya boleh menjadi duda dan tiba-tiba kami dalam proses penceraian?

"Keluarga saya sangat bahagia. Selepas berlaku begini suami saya mula menipu dan segala pergerakan Adel dan suami dapat saya lihat melalui akaun Instagram Adel.

"Sepanjang saya di kampung mereka berkaraoke, bercheck-in, Adel ikut suami saya ke hulu ke hilir," jelasnya.



Menurut Hairin, suami itu mula berubah setelah rapat dengan Adel. Suaminya itu memberitahu yang dia akan meninggalkan Adel perlahan-lahan tetapi masih menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu.

"Selama enam tahun bersama suami keluarga saya bahagia. Mulai tiga bulan lepas suami saya mula berubah. Saya tak sedap hati. Saya periksa telefon bimbitnya, dan saya nampak mesej-mesej antara Adel dan suami. Saya ambil gambar perbualan mereka guna telefon saya sendiri.

"Saya tanya suami A sampai Z. Dia mengaku menjalinkan hubungan intim dengan Adel di belakang saya. Kawan-kawan saya nampak mereka daftar masuk ke sebuah hotel di Kota Kinabalu. Saya bersua muka dengan Adel dan suami sebelum pulang ke Johor dan Adel memberitahu dia mahukan suami saya," katanya.

Sebab kenapa Hairin tampil dengan cerita sebenar ini adalah kerana mahukan keadilan bagi dirinya dan tiga orang anak perempuannya.


Sumber & foto: beautifulnara



         ________________________





No comments: