Jika baru-baru ini isu sekeping gambar pelakon Sharifah Sakinah menjelirkan lidahnya di Tanah Suci Mekah menjadi bualan hangat kerana disifatkan sebagai 'melampau'... terkini, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 26, meminta maaf terhadap perbuatannya itu.
"Beginilah, sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Kalau apa yang saya lakukan itu membuat peminat bergaduh di laman sosial, saya betul-betul minta maaf. Saya tidak mahu disebabkan saya, orang bergaduh atau memaki hamun tidak tentu pasal.
"Bagi saya senang sahaja, apabila saya buat salah, saya minta maaf dan tidak mahu menyimpan dendam dengan orang lain. Jadi saya salahkan diri sendiri di atas kejahilan atau kesalahan saya.
"Mereka mempunyai hak untuk bersuara. Cuma, saya fikir apabila meluahkan sesuatu perkara atau pendapat, usah gunakan bahasa yang kasar atau kesat. Sebaliknya, bersopan santunlah berkongsi pendapat kerana itu sememangnya budaya kita.
"Saya tahu niat mereka baik iaitu untuk menegur. Seperti yang saya katakan tadi, guna perkataan yang mencerminkan keperibadian yang baik. Itu adalah lebih baik dan berkesan," ujarnya ketika ditemui media pada acara Fit & Fab di Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur
Gambar yang menjadi kontroversi
Tambah Sakinah, biarlah apa yang mulut orang mahu cakap... tetapi itu antara dia dengan Tuhan. Dia harap perubahan positif dalam dirinya sebagai seorang muslimah berlaku perlahan-lahan,
"Bagi saya, apa yang penting adalah dalaman kita, bukan hanya fizikal luaran. Namun, saya sentiasa berdoa agar menjadi lebih baik berbanding hari semalam," tambahnya.
Sumber: Kosmo - Foto Sharifah IG
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment