18 February 2016

LEPAS SAKIT JANTUNG, AZMIL MUSTAPHA HIDAP ULCER PERUT PULA



Nampaknya, Allah SWT masih terus menguji kesabaran pelakon yang pernah popular melalui filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha. Selepas sedikit pulih daripada sakit jantung baru-baru ini, Azmil disahkan pula mempunyai ulcer iaitu luka di dalam perut gara-gara terlalu lama tidak makan ketika menerima rawatan terdahulu.

"Semalam Jaja bawak Babahnya ke Hospital Serdang untuk buat endoscope, doktor nak tengok keadaan perut Abang Azmil.





"Ternyata setelah tengok dalam tu memang ada banyak ‎ulcer‬ atau luka dalam perut tu. Ya Allah, tak boleh bayangkan sakitnya.

"Mungkin ni akibat lama sangat takde selera makan. Abang cakap berbulan lamanya dia tak makan langsung. Akhirnya, asid dalam perut telah memakan lining dalam tu hingga luka. Adoi," ujar adik Azmil, Aziph Mustapha melalui FB.

Sehubungan itu, Aziph memohon agar semua pihak terus berdoa supaya Azmil selamat dan sejahtera.







Alya Iman helping her Babah ambil wudhuk di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. 
Alhamdulillah anak solehah. - Aziph

Sumber: Aziph Mustapha FB



         ________________________





No comments: