14 February 2016

NAIKKAN BAYARAN PERSEMBAHAN - SITI NORDIANA DIKATAKAN SUDAH MULA 'DIVA'?



Siti Nordiana yang suatu ketika dahulu pernah susah sehingga sudah berfikir untuk memperlahankan kerjaya nyanyian yang dilihat tidak mampu membawanya kekal lama dalam industri.

Namun, selepas bergelar juara pertandingan Gegar Vaganza 2, namanya menyinar semula. Kegemilangan satu ketika dahulu muncul kembali sekali gus menaikkan semula kerjaya nyanyian yang mengalir dalam batang tubuhnya.





Berikutan kejayaannya itu, Nana kini mula menaikkan sedikit bayaran bagi melakukan persembahan.

Disebabkan kenaikan bayaran tersebut, ada sesetengah pihak mengatakan Nana sudah mula diva. Namun, mereka tidak tahu bahawa Nana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Menurut Nana, sebelum ini dia menerima sahaja bayaran diberikan kepadanya sebab dia menguruskan diri sendiri. Sejak kemenangan dalam GV2, ia telah melonjakkan namanya dan kini tawaran persembahan tidak putus-putus datang. Bahkan, beliau tidak pernah lupa diri.



Ini kerana kata Nana, bayaran yang diperolehinya perlu dibahagi sama rata kepada mereka yang bersama dengannya dan nyanyian juga adalah salah satu daripada punca pendapatan utamanya untuk menyara diri bersama anak, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.

"Saya sedar diri dan tidak berubah. Dahulu, waktu saya kekurangan tawaran nyanyian, bayaran macam mana sekalipun saya tetap ambil tanpa banyak berkira. Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar.

"Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa," ujarnya dipetik sebagai berkata.



"Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja," jelasnya.

Malah, Nana kini membawa mikrofon sendiri kerana ingin mendapat vokal yang mantap ketika melakukan persembahan.

Apapun, apa yang penting, dia tidak pernah lupa diri.

Sumber: UM



         ________________________





No comments: