27 February 2016

RAJA AZMI & EDDIE KEMBALI MENJADI SUAMI ISTERI DENGAN DUA KALI LAFAZ



Detik paling bahagia buat penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman apabila dia dan gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali, 48, disatukan kembali menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz.

Untuk makluman, ini merupakan pernikahan kali kedua Raja Azmi dengan Eddie selepas pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Kali pertama mereka bernikah adalah pada 13 Oktober 2013.





Difahamkan, pasangan ini dinikahkan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang sekitar jam 10.15 malam semalam. Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.

Dalam majlis tersebut, Raja Azmi menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.



Ketika temui media, Raja Azmi berkata yang dia bersyukur diberi peluang untuk kembali bergelar isteri kepada Eddie.

"Saya berharap ini adalah keputusan yang terbaik buat kami berdua," ujarnya dipetik sebgai berkata.

Eddie yang merupakan pemain bes kumpulan rock 1990-an iaitu CRK yang sebelum ini seorang duda selepas isterinya meninggal dunia pada Januari 2008.



Hasil perkahwinan pertama Eddie, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Daniel, 24, dan Mohd Effy, 22.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 31, Puteri Suaida, 27, dan Megat Deli, 22, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek.

Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Kami ucapkan tahniah dan semoga ikatan kali ini kekal selamanya.








Sumber: mStar


         ________________________





No comments: