18 February 2016

SAYA TAK NAFI BAKAL SUAMI YATT IALAH 'ORANG KETIGA' - BEKAS SUAMI



Yatt Hamzah dalam kenyataannya sebelum ini menafikan bakal suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin sebagai punca perceraiannya dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Bagaimanapun, bekas suaminya menyatakan sebaliknya dengan berkata yang dia tidak menafikan bahawa bakal suami Yatt merupakan 'orang ketiga'.





"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya. Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

"Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini," ujar Abdul Mutalib dipetik sebagai berkata.

Tambah Abdul Mutalib, dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan Yatt dan Mohammad Zulfadhli.

"Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

"Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka," jelasnya.

Untuk rekod, Yatt dan Abdul Mutalib bernikah pada 29 Mac 2009 sebelum berpisah pada Ogos tahun lalu.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: