08 February 2016

SEIRAS SEIRAMA - IKON ZIANA ZAIN MUNCUL JUARA, MENANG RM20,000



Seiras Seirama yang berlangsung malam tadi telah menyaksikan klon ikon Ziana Zain iaitu Azlina Aziz, 26, ditabalkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM20,000. Selain hadiah wang tunai, Azlina turut membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro.

Pada malam akhir itu, Azlina telah menyampaikan dua buah lagu pada pusingan pertama iaitu 'Tiada Kepastian' dan 'Sangkar Cinta' dan 'Senja Nan Merah' di pusingan kedua yang dinyanyikan bersama Aweera.





Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Klon Ziana itu turut menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip.

Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.



Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Tahniah kami ucapkan buat Azlina yang mewakili ikon Ziana Zain.




Sumber: Astro


         ________________________





No comments: