27 February 2016

SEKALI LAFAZ - LIZA HOT FM KINI SAH BERGELAR ISTERI



Bukan hanya Yatt Hamzah yang melangsungkan pernikahan hari ini, malah Liza Hot FM juga telah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan Mohd Khairil Anuar Mohd Ghany dalam majlis ringkas di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Sungai Soi, Mohd Asri Abu Bakar di hadapan lebih 50 tetamu kira-kira jam 9.55 pagi.





Dalam majlis itu, Liza yang anggun menggayakan sepersalinan berona putih kelihatan mengesat air mata sejurus lafaz nikah disahkan.

Mohd Khairil kemudiannya memakaikan Liza gelang tangan sebagai simbolik upacara membatalkan air sembahyang.



Turut menemani Liza sepanjang majlis berkenaan berlangsung adalah rakan seperjuangannya, Fara Fauzana dan Fizee.

Difahamkan, majlis persandingan mereka dijangka akan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini.


Sumber: BH



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...