22 February 2016

TERKINI - ADIRA SEDANG BERBADAN DUA?



Menerusi laman Instagram Dato Red, dia memuatnaik gambar serta kapsyen seolah isteri keduanya, Adira Suhaimi kini sedang mengandung.

Bagi menguatkan lagi dakwaan ini apabila komen di IG Adira, Dato Red telah meletakkan gambar botol susu menandakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.





Dalam pada itu, melalui komen yang ditinggalkan di IG Dato Red dan Adira, ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Untuk makluman, Adira berkahwin dengan Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada Disember lalu di Songkhla, Thailand. Namun tarikh kahwin tidak diberitahu oleh mereka.

Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya kami belum pasti kerana hanya Adira dan suaminya sahaja yang boleh mengiyakan berita gembira tersebut.













         ________________________





No comments: