Semalam Ustaz Kazim Elias telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong.
Namun begitu, doktor telah mengesahkan penceramah bebas itu bukan diserang sakit jantung tetapi kerana terlalu penat.
Difahamkan, Ustaz Kazim yang tiba di Kelantan petang semalam dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.
"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.
"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," ujarnya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.
Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika tiba di lokasi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu meneruskan ceramah.
"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," jelasnya.
Sementara itu pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib berkata, Ustaz Kazim masih mendapatkan rawatan di hospital Universiti Kubang Kerian.
"Mohon semua untuk sama-sama mendoakan keadaan uztaz, beliau masih mendapatkan rawatan di hospital.
"Setakat ini keadaan beliau dilaporkan agak stabil sebarang perkembangan akan saya maklumat," katanya.
Kami mendoakan agar Ustaz Kazim segera sihat.
Sumber: SuaraTV
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment