29 February 2016

TERUK DIHENTAM - SUAMI YATT HAMZAH TETAP TENANG, TAK MELATAH



Meskipun dia dituduh menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga Yatt Hamzah sebelum ini, namun Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang merupakan seorang Juruvideo tidak tertekan dengan dakwaan tersebut.

Menurut suami Yatt itu, dia menyedari perkara tersebut namun mengambil pendekatan untuk tidak melayan gosip tersebut kerana mahu memberikan fokus terhadap persiapan perkahwinan dengan wanita berkenaan.





"Jujurnya saya tidak layan dan sentiasa mengelak daripada membaca bahan gosip tetapi saya sedar dengan dakwaan berkenaan.

"Saya tenang sahaja kerana ada perkara lebih penting perlu saya fokus iaitu perkahwinan kami dan kehidupan selepas sah menjadi suami-isteri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mohammad Zulfadhli dan Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Kelmarin.

Mereka berdua dikhabarkan akan berbulan madu di Pulau Krabi, Thailand.

Terdahulu, mengulas perkara yang sama, Yatt turut kagum dengan kematangan suaminya Mohammad Zulfadhli dalam menangani gosip tersebuta sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

"Alhamdulillah dia sangat tenang dan profesional apabila keluar dakwaan tersebut sebaliknya saya yang panik tetapi sebagai seorang selebriti saya sudah terbiasa.

"Sifat matang dan sabar yang ada pada dirinya itulah membuatkan saya jatuh hati kepadanya dan dugaan melanda kami sebelum berkahwin adalah ujian Allah kerana Dia sayangkan kami," pujinya.


Sumber: Mstar



         ________________________





No comments: